"abang, ayu ada salah. tapi..."
"ah, apa tapi-tapi?! awak tu memang ada aja alasan nak bagi." tempik diriku suatu ketika dulu. tidak pernah aku berinya kesempatan untuk menjelaskan sesuatu. tidak pernah ku layan dirinya sebaik-baiknya. aku jadikannya bahan ku lepaskan amarahku. tempat aku baling dan buang segalanya. walaupun tidak pernah ku sentuh dirinya, tapi kata-kataku sudah cukup mengguriskan hatinya. tetapi wanita itu tidak pernah sedikit pun membalas perlakuanku. ada aja cara nya untuk menambat hatiku. dia lah wanita sebaik-baik manusia. yang cukup faham dan sabar dengan ego dan baranku.
kini wanita ini lemah terbaring, berlumuran darah di hadapanku. perasaan bersalah menyelubungi diri. dosa ku pada dirinya begitu besar. sebelum ini, tidak pernah ku hargai dirinya. tidak pernah ku meluahkan kasih sayangku padanya. meskipun dia tahu, dan aku tahu. namun, aku sepatutnya melakukan lebih dari itu. aku tidak pernah peduli untuk menambat hatinya. aku tahu dia tidak akan kemana. aku cukup kenal dengan diri nya. aku tahu dia akan setia. biar apa pun yang aku lakukan, diri nya masih lagi setia dan menyayangi ku sepenuh hatinya.
aku cintakan dirinya. seperti mana dia cintai diriku. namun tidak pernah ku ucap walau aku tahu dia begitu mengharapkan ucapan itu. bagiku, cukuplah sekadar dia tahu aku cintakan dirinya. madah itu tidak perlu diucap. itulah ego aku. ego lelaki. untuk meminta maaf jauh sekali aku lakukan. biarpun segala pergaduhan berpunca dariku, akan ku pantulkan kepadanya. tidak pernah aku mengaku kalah. apa aku peduli perasaan nya ketika itu. semuanya aku. entah apa lagi yang aku telah aku lakukan. aku mengucap. terasa bergenang air mataku. perlahan dia menggegam tanganku. satu senyuman diukirkan. aku sedih kerana masih banyak lagi perkara ingin aku sampaikan kepadanya. ingin aku ulang semula masa-masa lalu. ingin aku hargai dirinya. ingin aku ubah sikapku. ingin aku menjadi seorang suami yang membahagiakannya.
"perlu ke ucap hari-hari?"
"perlulah. macam mana kalau esok-esok ayu dah tak bangun lagi. kan nyesal tak ucap."
"jadi ayu kena la bangun esok esok dan seterusnya sampai abang ucap."
"susah sgt ke nak ucap 'I LOVE YOU'? ishk, dia ni. degil tau. tak apalah. janji ayu hari-hari ucap. 'I LOVE YOU' sayang. if someday ayu mati, sekurang-kurang nya abang tahu yang ayu hari-hari sayang abang."
air mata aku semakin laju. entah kenapa memori datang silih berganti. perasaan bersalah menyelubungi diriku.
"maafkan abang ayu. maafkan abang. abang sayang ayu. tolong jangan pergi. please, keep hold it on. you are strong." aku genggam tangannya. keadaannya kritikal. aku sendiri tidak menyangka kemalangan ini akan terjadi. aku jadi tak keruan. aku lihat pergerakan dadanya semakin berombak. "ayu please dont leave me." aku merayu. tidak pernah aku merayu sebegini. tiba nya di hadapan emergency room. aku terpaksa melepaskannya pergi sendiri. sempat aku ucapkan madah yang ayu nantikan selama ini dariku. "Ayu, I love you. please wake up." dan perlahan genggaman kami terlerai. aku terduduk di situ. menangis teresak-esak.

........................................................................................
aku tatapi gambarnya. pelbagai memori bermain di pikiranku. setiap memori lama sukda duka sering sahaja bermain-main di kotak fikiranku. aku sentuh gambarnya. rindu menusuk kalbu. aku tersenyum mengingati dirinya. perlahan lahan aku lafazkan
"I love you so much, ayu."
"I love you too." terdengar madahku dibalas. aku menoleh. perlahan lahan dia mendekatiku. "Rindu ke?" sindir nya. Aku tersenyum lalu memeluknya erat. Aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang bersamanya. masih lagi berpeluang menunjukkan betapa besar cintaku pada dirinya. masih lagi berpeluang menebus kesilapanku. aku tahu ini sesuatu peluang yang amat sukar didapati. kami berdua melabuhkan diri di atas tilam empuk. dia membetulkan kedudukannya. aku masih lagi memeluknya erat.
"Tidur jom?" ajaknya sambil tersenyum.
"Tidurlah dulu. Abang nak tengok ayu tidur."
"Ada-ada aja." Dia tergelak kecil.
"I love you." satu kucupan aku hadiahkan. dia kelihatan tersipu-sipu.
"Love you too." dia memeluk tanganku dan memejamkan matanya. aku ingin menghargai dirinya. aku tidak ingin menyesal andai kata aku kehilangan dirinya satu masa nanti. aku ingin dia tahu aku cinta akan dirinya setiap hari dan saat. aku ingin dia rasa cintaku setiap masa. dan cinta itu harus ditunjuk dan diucap.
aku ingin kau tahu aku cintakan dirimu di saat kau pejamkan matamu...

No comments:
Post a Comment