Sunday, December 7, 2008

Part 1

di luar hujan turun lebat. seolah2 memahami luka di hatiku. air mata yang sejak tadi mengalir deras, tidak ku hiraukan. cukup besar dugaan yang aku terima. aku terduduk di atas sofa. Ya ALLAH, cukup besar ujian-MU kepada hamba-MU yang lemah ini. Kakak perlahan-lahan menghampiriku. Aku memeluknya erat. Teresak-esak aku di pelukannya. Ingin saja aku meraung-raung. Kakak cuba memujuk ku. aku melihat safura yang dari tadi asyik bermain bersama saudaranya. hatiku bertambah sebak. air mataku terus gugur membasahi pipi.

...............................................................................................

aku lihat wajahnya pucat. tiada lagi darah mengalir di dalam badan itu. tiada lagi gelak tawa dan sindiran yang akan ku dengar selepas ini. tiada lagi suami tercinta yang setia melayani kerenahku. air mataku mengalir lagi tatkala melihatnya dalam keadaan sebegitu. ingin sahaja aku menerpa dan mengoyakkan kain putih yang menutupi seluruh badannya. ingin sahaja aku menyimpan tubuh itu selamanya. aku mengucap. Masya'Allah, apa yang aku fikirkan ini? tidak beragamakah aku? aku cium wajahnya. sejuk. kucupan terakhir untuknya. Safura juga turut mencium babanya. aku tatapi wajah insan yang ku cintai untuk kali terakhir. wajahnya akan bersemadi di dalam hatiku selamanya. kemalangan itu telah meragut nyawanya dan mengubah kehidupanku selamanya.

...............................................................................................

Dalam tidak sedar sudah sembilan hari aku kehilangan arwah. Terasa kosong hidup ini, namun aku kuatkan juga diri ini demi anak kecilku yang tidak mengerti apa-apa. Setiap malam Safura akan bertanya padaku bilakah baba nya akan bangun dari tidur? dan aku hanya mampu membisu. Setiap malam juga Safura akan menjenguk ruang kamarku. Barangkali dia juga merindui arwah seperti aku.

"Kamu ni lemah semacam je hari akhir-akhir ini. Kamu pasti kamu tidak ingin ke klinik?Macam sakit je mak tengok kamu ni." tegur ibuku yang telah menemani aku dan Safura semenjak pemergian arwah.

"Saya ok je mak. Tak ada apa-apa. Mungkin terkejut. Jadi sistem badan pun jadi tak teratur." Aku mengukir kan senyuman. Akhir-akhir ini aku sering loya-loya. Tapi itu sudah menjadi kebiasaanku. Aku sememangnya mempunyai masalah sistem permakanan. Setiap kali aku tertekan pasti aku akan mengalaminya.

"Mak bukan apa. risau je. Kot-kot ada benda lain nanti. Baik kamu pergi periksa. Biar mak bawa kamu ke klinik."Mak masih cuba memujukku. Kasihnya ibu kepada diriku.

"Tak perlu lah mak. Saya ok." Aku bingkas bangun. Terasa darah menyerbu ke muka. Pandanganku mula kabur. Kelam.

...............................................................................................

"Hani...bangun Hani." Terdengar satu suara yang cukup kenal memanggilku. Aku menoleh. Mataku menangkap sebentuk tubuh. "Hani, rindukan abang ye?" Dia tersengih.

"Abang, Hani rindukan abang sangat. Safura pun sama abang. Abang jangan tinggalkan kami abang." Aku merayu-rayu. Dari jauh dia hanya tersenyum. Bayangannya semakin lama semakin pudar. Aku berlari cuba mendapatkan tubuhnya. Ingin ku dakap dan cium melepaskan rinduku. Namun bayangannya hilang. Aku lantas membuka mata. Aku beristighfar. Terasa tangan kecil memegang erat tanganku. Aku menoleh. Safura berada di sisiku. Wajahnya ketakutan dan matanya sedikit berkaca. Aku usap pipinya lembut. Ibuku duduk di kerusi di sebelah katilku. Aku memandang sekeliling.

"Hani di mana ni mak?" tanyaku kehairanan. setahu aku aku di rumah. di ruang dapur bersama mak.

"hospital." jawab mak ringkas. Masya'Allah. pitam kah aku tadi? "Hani pengsan lepas bangun dari kerusi. Mak terus bawak pergi hospital."Sambungnya lagi. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman. Aku tatap wajah Safura. Anak gadis ku.

"Safura menangis ye tadi?"Aku membelai rambutnya. Kasihan pada dirinya. Terasa bersalah kepada dua insan yang menyayangiku ini.

"Erm. Safura takut."

"Takut?"

"A'ah. Safura takut ibu tidur macam baba. Safura tak nak ibu tidur macam baba." Terangnya. Aku sekali lagi hanya mampu tersenyum. Sebak aku mendengar penerangannya. Mahu sahaja aku menangis lagi. Namun aku tahankan air mata ini. Jangan ditumpahkan di hadapan anak kecil ini. Safura memandangku. Wajahnya yang dari tadi sugul kini kelihatan sedikit bersinar. "Ibu, tadi doktor cakap... Safura nak dapat adik."

Aku terkesima. Terasa jantungku terhenti seketika. Aku memandang ibuku. meminta kepastian. Apakah mainan dan gurauan yang Safura katakan. Safura nak dapat adik?

"Doktor kata Hani pregnant. dah sebulan. Hani kena makan dan rehat banyak-banyak. Tekanan darah Hani rendah. Jaga kesihatan Hani dan baby." ujar mak perlahan.

Air mata aku tidak dapat lagi ku tahan. Antara suka dan duka. Wajah arwah datang menerpa. Aku tidak tahu sama ada aku gembira atau sedih. Gembira kerana dikurniakan zuriat lagi. Sedih kerana arwah tidak sempat merasai kegembiraan ini. Arwah tidak sempat mendengar berita ini. Jikalau arwah ada, pastinya dia gembira. Pasti dia sibuk memikirkan nama anak. Kini dengan siapa ingin aku berkongsi semua nya? dengan siapa? Berlinangan air mataku turun.

"Ibu? ibu tak happy ke? nanti Safura dapat adik. Ibu tak happy ke dapat baby?" Safura bertanya penuh tanda ragu.

"Ibu happy sayang. Ibu happy." Safura memeluk aku. Aku kucup pipi nya. Air mata ku masih tidak berhenti. Ya Allah yang Maha Berkuasa, sesungguhnya KAU tabahkan lah hati ku. kuatkanlah Iman ku. KAU lindungilah aku dan anak-anak ku dalam mengharungi ujianmu.

"Sabar ye Hani."Terdengar suara ibu memujukku.

"Abang, Hani rindukan abang..." bisik hati ku.

***********************************to be continued
bagaimanakah Hani yang baru sahaja kehilangan suami menghadapi semua dugaan ini? dengan berita tentang anak di dalam kandungannya?? jeng jeng jeng ... actually da lost idea. rasa2 nya nk continue mcm mane yek?? wuhuuu...n lg satu. xde idea nk bg tajuk ape. bg Hani n safura xciden?? x besh lak. haha. idk idk.

by;neerey

3 comments:

LamMH said...

wah lau...
nice story ^.^
after tragedy, a happiness?
nice plot. cant wait for part 2 XD

Nisa Awesome said...

need to wait. need to perah2 otak. haha

Nisa Awesome said...

kemudiannye...i xde idea lg nk sambung tuk part 2. haha